18 November 2022, 11:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis mengadakan Sambutan Hari Inovasi dan Penghargaan Staf Tahun 2022 di Dewan Seri Semarak, baru-baru ini.

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah bagi penerima anugerah mengikut kategori ini disampaikan oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.

YBrs. Profesor Madya Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi semasa memberikan ucapan perasmian Hari Inovasi dan Penghargaan Staf 2022

Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Rektor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua staf atas pencapaian yang cemerlang pada tahun 2021.

Tambah beliau lagi, warga kampus perlu bergerak seiring dalam menghasilkan kualiti kerja yang terbaik serta ciptaan inovasi yang berimpak tinggi demi merealisasikan visi dan misi yang digagaskan bersama.

Inovasi merupakan hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam beberapa aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada sesebuah organisasi. Hasil dari pelaksanaan idea inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan terhadap UiTM itu sendiri.

Rektor UiTM Cawangan Perlis melepaskan burung merpati sebagai simbolik perasmian Hari Inovasi dan Penghargaan Staf 2022 UiTM Cawangan Perlis.

Menurutnya lagi, penganjuran majlis kali ini menjadi agenda penting dan menggambarkan komitmen UiTM Cawangan Perlis terhadap usaha menyemarakkan lagi budaya inovasi dan penekanan aspek kerja yang berkualiti dalam kalangan warga kampus.

Sambutan Hari Inovasi dan Penghargaan Staf Tahun 2022 ini juga menjadi platform untuk mengiktiraf dan menghargai usaha semua staf pada setiap bahagian dan unit yang berjaya memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2021.

Di samping itu, majlis ini juga diadakan bagi menghargai khidmat setia pensyarah yang telah menabur bakti selama puluhan tahun di UiTM Cawangan Perlis dan meraikan pesara UiTM Cawangan Perlis. 

Pesara UiTM Cawangan Perlis yang diraikan.
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021 yang diraikan.
Rektor UiTM Cawangan Perlis menyampaikan hadiah penghargaan kepada pesara UiTM Cawangan Perlis.
Rektor UiTM Cawangan Perlis menyampaikan penghargaan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021.
YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi menyampaikan hadiah penghargaan kepada Juara Pertandingan EKSA UiTM Cawangan Perlis.

 

Rektor UiTM Cawangan Perlis bersama-sama tetamu yang menghadiri Sambutan Hari Inovasi dan Penghargaan Staf Tahun 2022 di UiTM Cawangan Perlis.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Perlis, ketua unit, pesara pilihan dan wajib dan penerima Anugerah Khidmat Cemerlang UiTM Cawangan Perlis Tahun 2021.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.