18 November 2022, 11:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis melalui Sustainable Polymer Materials Research Interest Group (SuPMa) hari ini menganjurkan Majlis Perasmian Rubberize Walkway yang menggunakan HEALO di Perkarangan Makmal Getah, UiTM Cawangan Perlis.

Upacara memotong riben sebagai simbolik perasmian di tapak Rubberize Walkway.

Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi bersama-sama Pengarah NT Rubber-Seals Sdn. Bhd., Encik Katsutoyo Itoi.

HEALO adalah lantai getah yang diperbuat daripada sisa getah monomer diena etilena propilena (EPDM) dan getah asli. Lantai ini adalah produk inovasi yang dapat melindungi alam sekitar dan memperkayakan sumber semula jadi.

Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran untuk menjadikan planet ini sebagai tempat yang lebih baik kepada generasi akan datang, pihak NT Rubber-Seals Sdn. Bhd. berbesar hati menyumbangkan sisa EPDM yang merupakan bahan utama bagi projek inovasi ini.

Pengarah NT Rubber-Seals Sdn. Bhd., Encik Katsutoyo Itoi berkata pihaknya gembira dengan kerjasama yang terjalin bersama-sama pihak UiTM Cawangan Perlis dan berharap hubungan industri dan institusi seperti ini berterusan pada masa akan datang.

Kombinasi bahan dan formula yang unik menghasilkan HEALO dengan sifat yang lasak, kuat, daya tahan dengan penambahan sifat boleh diperbaik semula dengan bantuan haba. Hal ini memberikan kelebihan dalam memanjangkan servis penggunaan dan tentunya membantu dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan planet.

Rektor UiTM Cawangan Perlis mempromosikan The 6th International Innovation, Design and Articulation (i-IDeA) 2023 anjuran UiTM Cawangan Perlis.

Antara yang turut hadir dalam majlis ini ialah delegasi dari NT Rubber-Seals Sdn. Bhd. termasuklah Jabatan Sumber Manusia dan Pengurusan Am, Siti Hasmadiana Abdul Samat; Penolong Pegawai Keselamatan dan Persekitaran, Encik Jaafar Seleman Muhammad Zaim Zakaria; Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni, Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar; Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Perlis, Dr. Zuliahani Ahmad; dan beberapa orang pensyarah UiTM Cawangan Perlis.

Selepas majlis tersebut, delegasi dari NT Rubber-Seals Sdn. Bhd. turut dibawa melawat bengkel getah dan plastik bagi program Teknologi Polimer di UiTM Cawangan Perlis.

Encik Katsutoyo Itoi ketika melawat bengkel getah dan plastik di UiTM Cawangan Perlis. 
Rektor UiTM Cawangan Perlis bersama-sama delegasi NT Rubber-Seals Sdn. Bhd. semasa melawat bengkel getah dan plastik. 
Pihak NT Rubber-Seals Sdn. Bhd. diberikan penerangan oleh petugas makmal.
Rektor UiTM Cawangan Perlis bersama-sama delegasi Rubber-Seals Sdn. Bhd. di sekitar kampus UiTM Cawangan Perlis. 
Pihak Rubber-Seals Sdn. Bhd.  bersama-sama Rektor UiTM Cawangan Perlis merakamkan gambar di hadapan Tugu Keris  Tujuh Lok di UiTM Cawangan Perlis.

Melalui penganjuran majlis ini, diharapkan hubungan antara pihak universiti dengan pemain industri dapat terus diperkukuh dan mampu membuka ruang untuk pelbagai bentuk kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.