14 November 2022, 15:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Bilik Gerakan Bencana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah diaktifkan dan digerakkan bagi persiapan mengenai intervensi bantuan kepada komuniti agromakanan, terutamanya golongan petani, penternak dan nelayan yang terjejas disebabkan oleh banjir.

MAFI melalui MAFI Inc. di setiap negeri sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan oleh pegawai yang turun padang bagi menilai kerosakan dan kerugian yang dialami serta segera memberikan bantuan kepada pihak yang terlibat.

Setakat semalam, laporan awal kejadian bencana bagi sektor tanaman semasa secara kumulatif adalah sebanyak 256 orang petani dengan keluasan kawasan pertanian yang terlibat kira-kira 374.81 hektar.

Beberapa buah daerah di negeri Pahang, Kedah, Perak dan Selangor terlibat dengan bencana ini. Kini, tumpuan utama diberikan kepada pemantauan situasi secara harian oleh pasukan MAFI Inc. di setiap negeri dan daerah yang terkesan, manakala negeri lain diminta untuk bersedia selain bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa tempatan bagi menghadapi situasi di luar jangkaan.

MAFI sentiasa memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa banjir, terutamanya golongan sasar diberikan perhatian sepenuhnya dengan kerjasama erat daripada semua pihak seperti jabatan dan agensi negeri di samping memastikan sekuriti makanan negara terjamin dalam apa-apa jua keadaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.