Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKUALA LUMPUR – Malaysia menggesa kerjasama yang lebih baik daripada negara pengeksport sisa berbahaya dalam Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm serta Mesyuarat Antarabangsa Stockholm, Sweden di Stockholm, Sweden yang berlangsung pada 1 Jun hingga semalam.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan medianya semalam, Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara pengeksport untuk mengambil semula sisa mereka.
“Malaysia menegaskan bahawa tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain,” katanya lagi.
Sementara itu, Malaysia telah menyatakan komitmen dan sokongan terhadap inisiatif dan kawalan ke atas pengurusan sisa dan bahan kimia berbahaya yang selamat kepada kesihatan manusia dan alam sekitar di peringkat global.
Tambahnya lagi, Malaysia telah mewujudkan kerangka perundangan dan dasar negara ke arah pengurusan sisa berbahaya dan juga sisa lain secara mesra alam.
Dalam konvensyen tersebut, Malaysia turut menegaskan akan kepentingan menguruskan stok simpanan bahan kimia secara mesra alam agar hal ini tidak menjadi isu baharu bagi negara membangun pada masa hadapan.