Diterbitkan pada 26 Februari 2022, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) melalui kenyataan media pada pagi ini memaklumkan bahawa kesemua kawasan di Wilayah Klang dan Petaling yang terjejas berikutan kerja pembaikan sistem elektrikal di Rumah Pam Bukit Jelutong U8, Shah Alam telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada pukul 6.00 pagi, 26 Februari 2022.

Sehubungan dengan itu, Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air yang tidak berjadual ini.

Untuk mendapatkan maklumat rasmi tentang gangguan bekalan air, para pengguna disarankan untuk mendapatkannya menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor, iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang, www.airselangor.com. Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor menerusi talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi