Oleh Ritah Yahaya
4 September 2021, 18:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh:  Mohd Mahadhir Mohd Noordin

Dikenali juga sebagai pudina Mexico, taim Sepanyol, borej India, oregano Caribbean, dan taim Broadleaf. Nama botaninya ialah Coleus amboinicus. Merupakan tanaman saka semi-sukulen daripada keluarga Lamiaceae.

Daunnya hijau, “bergigi” dan tebal seperti baldu; mengeluarkan aroma kesturi dan sengit; rasanya seperti oregano Itali, digunakan dalam masakan Itali dan Mediteranean.

Tumbuhan antiradang ini kaya dengan vitamin C, vitamin A dan omega-6 yang berfungsi merawat pernafasan; radang kerongkong; reumatisme; sembelit; kembung, dan merangsang perembesan laktasi.

Lokasi:  Sungai Tangkas, Kajang.

(Sumber: Dewan Kosmik, April 2021)

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.