Diterbitkan pada 3 Ogos 2021, 20:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena Hujan Meteor Perseids pada waktu malam dari 17 Julai 2021 hingga 24 Ogos 2021. Hujan Meteor Perseids akan mencapai tahap maksimum dengan kadar 110 meteor sejam atau hampir dua meteor seminit pada 12 Ogos 2021 (Khamis), dari pukul 9.00 malam hingga menjelang awal pagi 13 Ogos 2021.

Orang ramai yang ingin memerhatikan fenomena hujan meteor perlu ke kawasan yang gelap dan jauh daripada pencemaran cahaya. Pusat pancaran meteor ini datang daripada buruj Perseus yang terletak di langit sebelah utara.

Orang ramai juga boleh menonton siaran langsung lintasan meteor ini di Facebook dan Youtube Karnival Sains Sabah dan Dark Sky Malaysia pada 12 Ogos 2021, pukul 8.00 malam.

(Sumber): Planetarium Negara
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi