Oleh Ritah Yahaya
29 Jun 2021, 15:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Bumi akhirnya mendapat pengiktirafan popular untuk lautan kelima. National Geographic Society menambahkan Lautan Selatan (Southern Ocean) di sekitar Antartika sebagai lautan kelima selepas Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan India, dan Lautan Artik.

Pada 8 Jun 2021 yang lalu, bersempena dengan Hari Lautan Sedunia, National Geographic Society mengumumkan bahawa mereka akan melabelkan Lautan Selatan sebagai lautan kelima di peta planet bumi.

(Sumber: QAI PUBLISHING/GETTY IMAGES/HOWSTUFFWORKS)

Terletak di hujung paling selatan bumi, Lautan Selatan mengelilingi Antartika seperti cincin raksasa. Kadang-kadang disebut Lautan Antartika, arusnya mengalir di seluruh benua dalam lingkaran yang sangat besar, mendorong sejumlah besar air sejuk ke lautan lain.

(Berita dipetik daripada livescience.com)
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.