Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPetaling Jaya – Bengkel Physiotherapeutic: Skills on Proprioceptive Neuromuscular Stimulation (PNF) anjuran Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) mampu meningkatkan kemahiran asas dalam kalangan fisioterapi untuk menggunakan teknik PNF terhadap pesakit yang mengalami angin ahmar, kecederaan saraf tunjang, sakit belakang, bahu dan pelbagai jenis penyakit lain yang berkaitan.
Bengkel bertaraf antarabangsa yang diadakan di Hospital Rehab ReGen ini dikendalikan oleh pensyarah tersohor dari Australia, Fernanda Di Natal sebagai penceramah program dengan memberikan taklimat secara teori dan praktikal kepada para peserta.
Menurut pengarah bengkel ini, Puan Tamilchelvi Muniandy dari MPA Neuro SIG, beliau bersyukur kerana ahli fisioterapi di Malaysia akhirnya dapat menimba ilmu daripada pensyarah tersohor mengenai kemahiran PNF.
Beliau mengharapkan para peserta yang menyertai bengkel ini dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan PNF semasa menjalankan tugas masing-masing.
“Selepas menyertai bengkel ini, pengetahuan dan kemahiran saya mengenai PNF semakin meningkat dan saya tidak sabar untuk mengaplikasikannya kepada pesakit saya. Terima kasih kerana menganjurkan bengkel yang sangat bermakna dan bermanfaat ini”, kata salah seorang peserta yang menghadiri bengkel berkenaan.
Sebanyak 36 orang ahli fisioterapi dari pelbagai institusi kerajaan dan swasta di seluruh negara telah menyertai bengkel ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bengkel atau kursus terkini anjuran MPA, sila layari Facebook rasmi MPA Neuro SIG.