Diterbitkan pada 4 Disember 2022, 23:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipersembahkan penghormatan sebagai penerima pertama anugerah Honorary Fellow of the College of Physicians Malaysia dalam International Annual Scientific Congress 2022, semalam.

DYTM Raja Muda Perlis dalam International Annual Scientific Congress 2022 di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur.

Baginda yang juga Penaung DiRaja Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrabunyi Malaysia (MAAIMUSS) berkenan menerima tauliah pengisytiharan tersebut daripada Presiden College of Physicians Malaysia, Datuk Seri Profesor Dr. Paras Doshi.

DYTM Raja Muda Perlis ketika bertitah dalam International Annual Scientific Congress 2022. 

Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan dan penghargaan atas pelibatan jitu baginda dalam menaungi MAAIMUSS dan menjadikan ciri penjagaan kesihatan Perubatan Dalaman Maju dan Akut yang bermula di Hospital Tuanku Fauziah dikembangkan dengan jayanya ke beberapa buah hospital lain di negara ini.

DYTM Raja Muda Perlis bersama-sama pengurusan tertinggi College of Physicians Malaysia dan MAAIMUSS.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir mengiringi baginda dalam majlis penuh bersejarah itu termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh; Master Academy of Medicine, Profesor Dr. Rosmawati Mohamed; dan 750 peserta kongres dari dalam dan luar negara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi