Diterbitkan pada 5 April 2022, 10:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dalam sidang media sebelum ini, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan suntikan dos penggalak bagi meningkatkan perlindungan diri daripada virus COVID-19 dengan segera.

Bermula pada 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer Sinovac bagi 18 tahun ke atas dan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin akan bertukar daripada “Lengkap Vaksinasi” kepada “Tidak Lengkap Vaksinasi” dalam aplikasi MySejahtera jika tidak mengambil dos penggalak.

Oleh itu, ProtectHealth Corporation telah menganjurkan sebuah program vaksinasi di rumah bagi warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini bertujuan untuk memudahkan proses bagi mendapatkan vaksin penggalak untuk OKU dan warga emas yang tidak berupaya untuk bergerak atau terlantar di katil.

Sekiranya terdapat ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin, individu itu boleh memohon Perkhidmatan Vaksinasi Terus ke Rumah melalui beberapa kaedah seperti yang berikut:

  1. Hubungi talian 1700-811-007.
  2. Mohon melalui aplikasi WhatsApp 012-6787911.
  3. Mohon home vax melalui aplikasi MySejahtera.
  4. Daftar di laman sesawang www.protecthealth.com.my.
(Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia)
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi