Diterbitkan pada 1 Disember 2025, 15:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dalam usaha mengukuhkan hubungan dan meraikan kejayaan Persatuan Afasia Malaysia (APHAM) dalam memberikan sokongan kepada pejuang afasia pada peringkat komuniti, Majlis Makan Tengah Hari Tahunan APHAM telah diadakan buat julung-julung kalinya di Hotel The Pearl Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan oleh APHAM itu menghimpunkan pejuang afasia dan ahli keluarga, sukarelawan serta ahli profesional kesihatan yang berkaitan.

Sesi perkongsian oleh pejuang afasia bersama-sama penjaga dan ahli terapi pertuturan dalam Majlis Makan Tengah Hari Tahunan APHAM di Hotel The Pearl Kuala Lumpur.

Menurut Presiden APHAM, Raymond Low Sheng Kun, persatuan ini diharapkan dapat membentuk jambatan yang menghubungkan antara pejuang afasia dengan komuniti di sekeliling.

Katanya,

Afasia merupakan gangguan bahasa yang berlaku akibat kerosakan pada bahagian otak yang mengawal kefahaman dan penghasilan bahasa.

Tambah beliau, individu yang mengalami afasia sering menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain, sekali gus menyebabkan kehidupan seharian mereka terjejas dan banyak pejuang afasia dan keluarga terasing daripada masyarakat kerana tidak mendapat sokongan moral.

Dalam majlis tersebut, Abdul Fattah, seorang ahli aktif APHAM berkongsikan pengalamannya bersama-sama APHAM yang telah membantunya untuk bercakap semula.

Ujarnya,

Masyarakat harus peka terhadap keperluan individu yang mengalami afasia ketika berkomunikasi kerana adaptasi yang dilakukan oleh pasangan komunikasi amat penting, termasuklah bertutur dengan lebih perlahan supaya pejuang afasia dapat memberikan respons yang lebih baik.

Bagi Hoi Kheng Fong pula, APHAM telah memberikan peluang kepada suaminya yang mengalami strok untuk menambah rakan baharu.

Katanya,

Melalui pelibatan dalam aktiviti komunikasi berkumpulan, peserta APHAM dapat meningkatkan keyakinan diri, mempunyai peluang untuk bersosial dengan orang lain dan membantu mereka untuk berasa selesa dan yakin dalam berkomunikasi dengan menggunakan teknologi dalam talian.

APHAM bermula atas inisiatif dua orang ahli terapi pertuturan bahasa, iaitu Raymond Low Sheng Kun dan Diong Zhi Zhi yang menganjurkan sesi pertemuan santai pejuang afasia dan penjaga pada tahun 2019.

Sejak itu, kedua-dua orang ahli terapi ini menerajui kumpulan “Aphasia in Malaysia” yang telah menganjurkan kira-kira 30 sesi sokongan fizikal, lebih 20 webinar serta lebih 100 aktiviti berkumpulan secara dalam talian dan kemudiannya APHAM didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan pada 4 Oktober 2024.

Program sebegini wajar diteruskan dan disokong untuk memastikan integrasi semula pejuang afasia dan keluarga mereka dalam masyarakat, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi