Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangIpoh – Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia menganjurkan Simposium Mineral (SIMPOMIN) 2025 kali ke-11 di Hotel Casuarina, Meru, Ipoh, Perak.
Simposium yang bertemakan “Unlocking Mineral Value: Innovate, Invest, Grow” ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia (NRES), YBhg. Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi.
SIMPOMIN menjadi platform kepada para penyelidik, ahli akademik, ahli teknokrat dan pemain industri untuk mempamerkan penemuan terkini, selain menjadi medan kepada semua peserta untuk bertukar-tukar pandangan, pengetahuan dan pengalaman tentang teknologi, inovasi dan jaringan komersial dalam industri mineral.
Dalam ucapan perasmian, YBhg. Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi menyatakan bahawa kepelbagaian mineral di Malaysia telah menarik perhatian pihak luar dalam meneroka mineral di Malaysia, terutamanya mineral unsur nadir bumi.

Ujarnya,
NRES melalui JMG dilihat sebagai peneraju utama dalam pengurusan mineral di Malaysia dan bertanggungjawab untuk menyeimbangkan keperluan perlombongan secara optimum dan mampan serta perlu memelihara dan memulihara warisan geologi.
Pada akhir ucapannya, beliau mengutarakan harapannya agar SIMPOMIN yang dianjurkan pada kali ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam memperluas jaringan ke arah mineral yang lebih berdaya saing.

SIMPOMIN 2025 turut diserikan dengan sesi penyampaian ucaptama oleh Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Boniface Anak Edwin Manung, Juara INNOVATHON Musim Kedua dari Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP, YBrs. Profesor Dr. Azizi Ayob dan Pengarah Urusan, Tekno Valency Enterprise, YBrs. Dr. Meor Yusoff Meor Sulaiman.
Kali terakhir simposium seumpama ini diadakan adalah pada tahun 2022 di Putrajaya.