Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSerdang – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran risiko kecederaan sukan yang sering kali dihadapi oleh atlet sukan, Kelab Serdang Angle Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil bahagian dalam “Rugby: Sport Injury Risk Assessment and Prevention Programme”.
Sebanyak 12 orang ahli kelab berkenaan telah mengambil bahagian dalam program anjuran pelajar Sarjana Muda Fisioterapi Semester Enam, Program Pengajian Jarak Jauh, Universiti Teknologi MARA.
Program tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan atlet, khususnya pemain ragbi tentang faktor risiko kecederaan sukan serta kaedah pencegahan melalui pendekatan fisioterapi sukan, selaras dengan usaha membudayakan amalan sukan yang selamat dan berprestasi tinggi.
Menariknya, program berkenaan diuruskan dengan pelibatan aktif pelajar Kumpulan A dan Kumpulan B, yakni penilaian risiko kecederaan dilaksanakan oleh pelajar Kumpulan B, manakala pelajar Kumpulan A bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti pencegahan secara praktikal.

Pengarah Program bagi Kumpulan A, Encik Syafiq Hassan berkata, pendekatan program ini dirancang secara sistematik untuk menilai tahap risiko kecederaan setiap peserta secara individu dan para peserta diberikan bimbingan mengenai kaedah pencegahan kecederaan melalui sesi praktikal yang tersusun.
Ujar beliau,
Aktiviti pencegahan tersebut diadaptasi daripada modul Phase ACTIVATE dan dilaksanakan melalui empat stesen utama, iaitu pemanasan badan (Stesen A); kekuatan dan keseimbangan (Stesen B); ketangkasan dan kuasa (Stesen C) serta kekuatan leher (Stesen D).
Program yang menarik itu menerima sokongan dan penajaan daripada pelbagai pihak, termasuklah individu perseorangan serta syarikat korporat seperti Bubble O2, PITA dan Rehamed Sdn. Bhd.
Sebagai sebuah syarikan korporat, Bubble O2 telah menyumbangkan air mineral bagi memastikan para peserta kekal terhidrat sepanjang program berlangsung.

Pihak PITA pula menaja tapping tape yang digunakan oleh pemain untuk menyokong sendi dan otot, sekali gus membantu dalam pencegahan kecederaan.
Sementara itu, Rehamed Sdn. Bhd. pula menyumbangkan counter pain sebagai kit rawatan awal untuk kegunaan peserta semasa dan selepas aktiviti di padang.
Sebagai penghargaan, setiap peserta menerima barangan cenderamata berupa tapping tape dan krim rawatan bagi membolehkan mereka meneruskan amalan penjagaan kecederaan secara kendiri.
Pihak penganjur menyatakan bahawa program seumpama ini mampu berjalan secara berterusan untuk mendidik lebih banyak atlet muda mengenai penilaian risiko kecederaan dan amalan pencegahan yang berkesan dan seterusnya membangunkan budaya sukan yang lebih selamat di Malaysia.