Diterbitkan pada 16 November 2024, 15:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Nilai – Dalam usaha meningkatkan semangat kesukanan dalam organisasi, selain memperkukuh jalinan persahabatan dalam kalangan kakitangan, Kelab Sukan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Nuklear Malaysia di Ultimate Sporthaus, hari ini.

Pertandingan berkenaan menyaksikan persaingan yang sengit antara peserta dari pelbagai bahagian dan jabatan di Nuklear Malaysia.

Urus setia Kejohanan Badminton Tertutup Nuklear Malaysia.

“Aktiviti seumpama ini bukan sahaja menyihatkan badan, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakan sekerja dan memberikan peluang kepada kakitangan Nuklear Malaysia untuk mengenal pasti bakat kesukanan masing-masing,” kata Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan ketika berucap dalam majlis penutupan pertandingan badminton berkenaan.

Ujar beliau,

Program ini adalah penting untuk meningkatkan kualiti kakitangan Nuklear Malaysia, di samping memupuk semangat berpasukan dan kesihatan yang lebih baik, maka penganjuran program seumpama ini haruslah diteruskan pada masa akan datang agar dapat membina pasukan yang lebih kuat dan berjaya.

Sepanjang program itu berlangsung, pelbagai kategori pertandingan dipertandingkan termasuklah pertandingan badminton kategori perseorangan lelaki; pertandingan badminton kategori perseorangan wanita, pertandingan badminton kategori beregu lelaki dan pertandingan badminton kategori beregu wanita.

Aksi peserta Kejohanan Badminton Tertutup Nuklear Malaysia.

Pertandingan badminton yang dianjurkan pada kali ini mencatatkan pelibatan kakitangan Nuklear Malaysia yang amat memberangsangkan, sekali gus menunjukkan semangat juang mereka yang tinggi untuk merebut gelaran juara.

Setiap pemenang membawa pulang trofi, hamper berserta wang tunai yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Rosli Darmawan dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan.

Sesi penyampaian hadiah Kejohanan Badminton Tertutup Nuklear Malaysia disampaikan oleh YBrs. Dr. Rosli Darmawan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP NUKLEAR MALAYSIA

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi