Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangNilai – Dalam usaha meningkatkan semangat kesukanan dalam organisasi, selain memperkukuh jalinan persahabatan dalam kalangan kakitangan, Kelab Sukan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Nuklear Malaysia di Ultimate Sporthaus, hari ini.
Pertandingan berkenaan menyaksikan persaingan yang sengit antara peserta dari pelbagai bahagian dan jabatan di Nuklear Malaysia.

“Aktiviti seumpama ini bukan sahaja menyihatkan badan, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakan sekerja dan memberikan peluang kepada kakitangan Nuklear Malaysia untuk mengenal pasti bakat kesukanan masing-masing,” kata Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan ketika berucap dalam majlis penutupan pertandingan badminton berkenaan.
Ujar beliau,
Program ini adalah penting untuk meningkatkan kualiti kakitangan Nuklear Malaysia, di samping memupuk semangat berpasukan dan kesihatan yang lebih baik, maka penganjuran program seumpama ini haruslah diteruskan pada masa akan datang agar dapat membina pasukan yang lebih kuat dan berjaya.
Sepanjang program itu berlangsung, pelbagai kategori pertandingan dipertandingkan termasuklah pertandingan badminton kategori perseorangan lelaki; pertandingan badminton kategori perseorangan wanita, pertandingan badminton kategori beregu lelaki dan pertandingan badminton kategori beregu wanita.

Pertandingan badminton yang dianjurkan pada kali ini mencatatkan pelibatan kakitangan Nuklear Malaysia yang amat memberangsangkan, sekali gus menunjukkan semangat juang mereka yang tinggi untuk merebut gelaran juara.
Setiap pemenang membawa pulang trofi, hamper berserta wang tunai yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Rosli Darmawan dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP NUKLEAR MALAYSIA
