Diterbitkan pada 22 Oktober 2024, 09:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Selain memperkenalkan para pelajar dan komuniti kepada dunia matematik dan teknologi dalam suasana yang santai, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis menerusi Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) telah menganjurkan program Math and Net Mashup Day 2024 bagi merapatkan jurang antara akademia dengan masyarakat dan menjadikan kedua-dua bidang itu mudah didekati dan menyeronokkan untuk semua golongan.

Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi dalam ucapannya berkata, penganjuran program tersebut bukan sekadar acara akademik yang biasa, tetapi platform dinamik untuk mahasiswa di universiti ini, para pelajar dan komuniti bagi meneroka dunia matematik dan teknologi.

Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi ketika berucap di Anjung Siswa, UiTM Cawangan Perlis.

Ujar beliau,

Para peserta berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti menarik seperti eksplorasi, eNETsport serta bengkel interaktif, misalnya bengkel “CapCut Desktop” yang menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal dan menyeronokkan.

Sementara itu, Pengarah Program Math and Net Mashup Day 2024, Puan Suzanawati Abu Hasan berkata, penganjuran program berkenaan memberikan pendedahan kepada peserta tentang bidang keusahawanan dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan.

Puan Suzanawati Abu Hasan.

Menurut beliau,

Sesi perkongsian mengenai alam pekerjaan memberikan peluang kepada penceramah untuk berkongsikan panduan dan nasihat kepada mahasiswa tentang realiti dan cabaran dalam dunia pekerjaan.

Beliau juga menyatakan bahawa program ini turut menganjurkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam dan organisasi luar lain untuk meningkatkan jaringan kerjasama dalam pelbagai kepakaran bidang matematik dan teknologi.

Kejohanan Catur Komuniti Terbuka Perlis Tahun 2024 diadakan di Dewan Cengal, UiTM Cawangan Perlis.
Program eksplorasi yang diadakan di sekitar UiTM Cawangan Perlis.
Program eNETSport dijalankan di Blok Kenangan, UiTM Cawangan Perlis.
Pertandingan melukis kain rentang di Blok Kenangan, UiTM Cawangan Perlis.

 

Sesi kuiz matematik turut diadakan di Blok Kenangan, UiTM Cawangan Perlis.

Program Math and Net Mashup Day 2024 telah berupaya menarik minat pengunjung yang terdiri daripada warga sekolah, agensi kerajaan dan swasta serta warga UiTM Cawangan Perlis.

Turut hadir ialah Ketua Pusat Pengajian Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, YBrs. Dr. Nur Fatihah Fauzi; Koordinator Program KPPIM, Puan Diana Sirmayunie Mohd Nasir dan Puan Nora Yanti Che Jan serta tetamu undangan lain.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi