Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Selain memperkenalkan para pelajar dan komuniti kepada dunia matematik dan teknologi dalam suasana yang santai, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis menerusi Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) telah menganjurkan program Math and Net Mashup Day 2024 bagi merapatkan jurang antara akademia dengan masyarakat dan menjadikan kedua-dua bidang itu mudah didekati dan menyeronokkan untuk semua golongan.
Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi dalam ucapannya berkata, penganjuran program tersebut bukan sekadar acara akademik yang biasa, tetapi platform dinamik untuk mahasiswa di universiti ini, para pelajar dan komuniti bagi meneroka dunia matematik dan teknologi.

Ujar beliau,
Para peserta berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti menarik seperti eksplorasi, eNETsport serta bengkel interaktif, misalnya bengkel “CapCut Desktop” yang menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal dan menyeronokkan.
Sementara itu, Pengarah Program Math and Net Mashup Day 2024, Puan Suzanawati Abu Hasan berkata, penganjuran program berkenaan memberikan pendedahan kepada peserta tentang bidang keusahawanan dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan.

Menurut beliau,
Sesi perkongsian mengenai alam pekerjaan memberikan peluang kepada penceramah untuk berkongsikan panduan dan nasihat kepada mahasiswa tentang realiti dan cabaran dalam dunia pekerjaan.
Beliau juga menyatakan bahawa program ini turut menganjurkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam dan organisasi luar lain untuk meningkatkan jaringan kerjasama dalam pelbagai kepakaran bidang matematik dan teknologi.





Program Math and Net Mashup Day 2024 telah berupaya menarik minat pengunjung yang terdiri daripada warga sekolah, agensi kerajaan dan swasta serta warga UiTM Cawangan Perlis.
Turut hadir ialah Ketua Pusat Pengajian Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, YBrs. Dr. Nur Fatihah Fauzi; Koordinator Program KPPIM, Puan Diana Sirmayunie Mohd Nasir dan Puan Nora Yanti Che Jan serta tetamu undangan lain.