Diterbitkan pada 2 Oktober 2024, 09:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Tuba – Stesen Penyelidikan Marin (MARES), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis terus memperkasakan aktiviti pembangunan komuniti mampan di persekitaran Pulau Langkawi, Kedah.

Terdahulu, Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi yang menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Perlis dan Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan, Profesor Madya Dr. Wan Izhan Nawawi Wan Ismail menyantuni Menteri Kewangan II, Yang Berhormat (YB) Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bersempena Lawatan Kampung Angkat Madani sebelum mengikuti Kenduri Rakyat bagi Program Kampung Angkat MADANI di Pulau Tuba, Kedah.

Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi menyampaikan hasrat dan pelan perancangan MARES kepada Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi berkata MARES mempunyai peranan yang besar dalam mencorak pembangunan komuniti di Pulau Tuba dan Pulau Langkawi melalui penganjuran pelbagai program berimpak tinggi yang memanfaatkan komuniti setempat.

Antara program bersifat pembangunan komuniti setempat yang telah dipacu oleh MARES termasuklah projek pengindahan perigi 100 tahun Pulau Tuba, Projek Mural MARES bersama-sama UiTM Cawangan Perak, Projek Community Engagement-Social Innovation Research (CE-SIR) bersama-sama komuniti Nelayan Kubang Badak, Program Environment, Social and Governance (ESG) bersama-sama komuniti nelayan Pulau Tuba anjuran bersama Kolej Kejuruteraan UiTM, Program SULAM penanaman spesies bakau, Marine Education Program, Program Pembangunan Ekonomi Pulau Tuba bersama-sama Empower NCER Langkawi dan banyak lagi.

“Pelaksanaan program ini sejajar dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meliputi SDG pertama (Tiada Kemiskinan), SDG kedua (Kelaparan Sifar), SDG keempat (Pendidikan Berkualiti) SDG kesembilan (Industri, Inovasi dan Infrastruktur) SDG ke-13 (Tindakan Iklim), SDG ke-14 (Kehidupan dalam Air) dan SDG ke-15 (Kehidupan di Darat)” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa selain program komuniti, MARES mengorak langkah dengan menyertai pelbagai program penyelidikan kolaboratif antarabangsa seperti Sakura Science Exchange Program yang telah dihoskan oleh University of the Ryukyus, Okinawa, Jepun anjuran Japan Science and Technology Agency (JST) baru-baru ini.

“Aktiviti penyelidikan MARES terus dirangsang dengan penerimaan pelbagai geran nasional, industri dan antarabangsa seperti Geran Fundamental Research Grant Scheme, Geran Insentif Penyeliaan, Geran Lestari SDG Triangle dan sebagainya,” katanya.

“MARES juga menyertai program penurunan arca di perairan Pulau Pasir, Langkawi dalam usaha menyokong dimensi kemampanan alam sekitar dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia 2020–2030 dalam usaha merealisasikan Malaysia Lestari 2030,” tambah beliau lagi.

MARES menganjurkan Projek Pengindahan Perigi 100 tahun di Pulau Tuba, Kedah.

Program Kenduri Rakyat bagi Program Kampung Angkat MADANI di Pulau Tuba bersempena Lawatan Menteri Kewangan II telah disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti lawatan dan taklimat projek lampu solar, lawatan ke Dewan Ramai Pulau Tuba, lawatan ke Jeti Kampung Tepi Laut, lawatan ke Tanjung Peluru (Geopark Ocean Trail), program penyerahan projek telaga tiub dan naik taraf masjid Al-Wafa, lawatan ke Bukit Kecik, lawatan ke Teluk Berembang, program Kenduri Rakyat di Selat Bagan Nyior dan penyerahan projek sumbangan karpet dan pembaikan kecil Al-Hijrah.

MARES menganjurkan Marine Educational Program dan projek penanaman bakau di persekitaran Pulau Tuba, Kedah.

Turut hadir dalam program ini ialah YB Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Dato’ Zamzuri Abdul Aziz; Ybhg. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dato’ Haslina Abdul Hamid dan para pegawai tertinggi Kementerian Kewangan Malaysia dan LADA.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi