Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), dengan kerjasama Pusat Kajian Penuaan Sihat & Kesejahteraan (H-Care) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan seminar dalam talian yang bertajuk “Webinar Dietetic 2024: Fighting Obesity – The Challenges and Outcomes of Bariatric Surgery” dengan sokongan daripada PharmD Sdn. Bhd.
Webinar ini membincangkan mengenai cabaran semasa yang dihadapi dan implikasi terhadap pembedahan bariatrik agar ahli dietetik khususnya dan profesional kesihatan dapat mengatasinya dengan lebih efektif.

Dalam ucapan perasmian oleh Ketua Program Dietetik, FSK, UKM, Dr. Nor Aini Jamil @ A.Wahab, beliau menekankan kepentingan ahli profesional kesihatan untuk cakna dengan perkembangan terkini dalam bidang ini.
Hal ini adalah penting agar pengurusan penjagaan pemakanan pesakit pembedahan bariatrik menjadi lebih efektif
“Saya berharap agar webinar seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan, selaras dengan kemajuan dalam bidang klinikal untuk memperkukuh pengurusan rawatan terapi diet dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit” kata Dr. Nor Aini Jamil @ A. Wahab.
Webinar ini menawarkan perbincangan isu terkini berkaitan pembedahan bariatrik oleh panel undanagn yang terdiri daripada Pakar Bedah Am dan Pensyarah di Unit Gastrousus Atas dan Metabolik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Dr. Loo Guo Hou; Profesor Perubatan dan Perunding Endokrinologi di HCTM, Prof. Dr. Norlaila Mustafa; Pakar Psikiatri dan Pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nor Asyikin Fadzil; dan ahli fisioterapi di HCTM, Puan Suriah Ahmad.

Peserta webinar ini juga berpeluang berdialog secara langsung dengan pegawai dietetik dari Institut Kanser Negara, Puan Adlina Zakaria sebagai fasilitator undangan untuk meningkatkan pemahaman mereka melalui kajian kes.


Webinar ini disertai oleh 80 peserta yang terdiri daripada ahli dietetik dari institusi kesihatan awam dan swasta, pelajar dietetik serta ahli profesional kesihatan.