Diterbitkan pada 16 Ogos 2024, 17:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Perlis – Dalam usaha memberikan pendedahan kepada para penyelidik tentang proses fabrikasi wafer semikonduktor, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dengan kerjasama Institut Kejuruteraan Nanoelektronik (INEE), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan Bengkel Asas Fabrikasi Wafer Semikonduktor selama lima hari bermula pada 12 Ogos 2024 hingga 16 Ogos 2024 di UniMAP.

Delegasi Nuklear Malaysia terdiri daripada pegawai penyelidik dari Pusat Teknologi Nuklear Emerging (NET) dan Pusat Instrumentasi dan Automasi (PIA) dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Program Perkhidmatan Teknikal, YBrs. Ts. Dr. Ishak Mansor.

Dalam bengkel tersebut, para penyelidik dari kedua-dua belah pihak berpeluang menjalankan demonstrasi berbentuk teori dan amali secara berkumpulan.

Selain itu, sesi perbincangan bersama-sama pihak pengurusan tertinggi UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UniMAP, YBrs. Profesor Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail juga diadakan bagi membincangkan potensi dan peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan yang boleh dijalankan.

Sesi perbincangan antara Nuklear Malaysia dengan pihak pengurusan tertinggi UniMAP, Pengarah INEE serta barisan tenaga pengajar UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UniMAP, YBrs. Profesor Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail (tengah).

Ujar beliau,

Jalinan kerjasama ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara, terutamanya dalam bidang teknologi semikonduktor.

Sementara itu, sesi lawatan ke kemudahan penyelidikan utama juga diadakan di bawah seliaan pihak INEE dan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, UniMAP.

Sesi penerangan tentang proses fabrikasi wafer semikonduktor oleh pegawai dari INEE.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi