Diterbitkan pada 4 Jun 2024, 17:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis menjadi tuan rumah bagi program Symposium on Tech Technology: AI’s Role in Shaping the Future of Muslim Youth 2024 yang diadakan di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis.

Penganjuran simposium tersebut merupakan hasil kerjasama The International Institute of Islamic Thought Myanmar (IIITM) dengan UiTM Cawangan Perlis.

Simposium yang berlangsung selama dua hari mulai 2 Jun 2024 hingga 3 Jun 2024 itu dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Maulana Akbar Shah selaku wakil dari IIITM.

Wakil dari IIITM, YBrs. Profesor Madya Dr. Maulana Akbar Shah ketika berucap dalam program Symposium on Tech Technology: AI’s Role in Shaping the Future of Muslim Youth 2024 di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis.

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa fungsi The International Institute of Islamic Thought (IIIT) adalah sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan pendidikan dan pemikiran Islam dalam usaha memajukan masyarakat Muslim.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada UiTM Cawangan Perlis yang sudi berkolaborasi dengan Myanmar Muslim Intellectual Forum (MMIF), AIU Myanmar Students’ Association (AMSA) dan IIIT East and Southeast Asia dalam menganjurkan simposium pada hari ini.

Menurut beliau, tujuan simposium ini diadakan adalah untuk menyediakan akses pendidik berkualiti kecerdasan buatan (AI) kepada belia Muslim kesan daripada proses revolusi perindustrian dan kepentingannya pada masa hadapan.

Tambah beliau, simposium ini juga menyediakan ruang interaksi antara peserta, mentor dengan pemain industri untuk memupuk semangat kerjasama dan jalinan kolaborasi dalam memacu perkembangan AI.

Menerusi simposium ini, para peserta diharapkan dapat meningkatkan keupayaan teknologi AI dalam kehidupan harian, kesejahteraan komuniti dan pengurusan operasi di pelbagai sektor dan industri.

Selain itu, simposium ini juga melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran AI untuk dimanfaatkan dalam perancangan dan pengurusan strategik, penyelesaian masalah dan pembentukan persekitaran kondusif untuk komuniti.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi