Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuching – Majlis Perasmian Persidangan Serantau Kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari 2024 yang diadakan di Hotel Imperial Kuching memberikan tumpuan terhadap beberapa topik kritikal, iaitu mengurus agrobiodiversiti dalam perubahan iklim; kawalan biologi dan kejuruteraan ekologi; penggunaan sumber agrobiodiversiti dan alternatif serta tanaman berpotensi untuk keselamatan makanan.
Program yang berlangsung mulai 11 Jun 2024 hingga 13 Jun 2024 itu dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kerajaan Negeri Sarawak.
Persidangan yang membincangkan kepentingan agrobiodiversiti dalam era digital dan transformasi, mengurangkan perubahan iklim dan mengurangkan kemiskinan pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa tersebut telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.
Dalam majlis yang sama, buku Underutilised Fruits of Malaysia Jilid 1 yang mendokumentasikan tentang penyelidikan kepelbagaian biologi buah-buahan nadir di MARDI sejak tahun 1980-an juga dilancarkan.

Turut hadir ialah Pengerusi MARDI, YBrs. Dr. Azman Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) MARDI, YBrs. Dr. Asfaliza Ramli, wakil dari agensi kerajaan, penggubal dasar, ejen pengembangan, penyelidik, usahawan, ahli akademik, pelajar, pengurus ladang dan anggota sektor swasta.