Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKangar – Program Marine Education Program (Oil Pollution) bawah inisiatif Service Learning Malaysia–University for Society (SULAM) telah berjaya dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Abi, Kangar, Perlis dengan penyertaan aktif murid sekolah rendah dan pelajar universiti bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu pencemaran marin.
Program yang dianjurkan oleh Program Teknologi Marin Lestari, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada murid mengenai kesan pencemaran minyak serta kepentingannya terhadap ekosistem laut.
Seramai 24 orang pelajar terlibat sebagai fasilitator utama dan dibantu oleh dua orang pegawai pengiring, YBrs. Ts. Dr. Jamil Tajam dan Encik Muhammad Sahir Othman.
Program ini menerima sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan 142 orang murid tahap 2. Antara pengisian utama termasuklah ceramah kesedaran tumpahan minyak yang memberikan penerangan mendalam mengenai punca, impak dan langkah pencegahan pencemaran minyak di perairan negara.
Ceramah ini turut disampaikan dalam bentuk interaktif bagi memudahkan murid memahami konsep dan isu semasa berkaitan alam sekitar marin.
Selain ceramah, pelbagai aktiviti pendidikan dan permainan bertemakan marin turut dijalankan bagi mengukuhkan pembelajaran murid termasuklah Marine Trivia, Marine Word Puzzle, Marine Crossword Puzzle, Speed Cup, Rocket Bluster, Tune in Talent, Don’t Drop Your Ball dan Chopstick Cup. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mengasah kemahiran motor, fokus, kreativiti dan kerjasama dalam kalangan murid.

Pada masa yang sama, pelibatan pelajar UiTM membantu murid membangunkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan pengurusan program secara profesional.
Program ini selaras dengan objektif SULAM dalam menghubungkan universiti dengan komuniti melalui aktiviti pembelajaran berimpak tinggi dan berjaya mencapai matlamat untuk memupuk kesedaran alam sekitar dan merangsang minat murid terhadap isu kelestarian marin.
UiTM Cawangan Perlis komited meneruskan program seumpama ini demi manfaat masyarakat setempat pada masa hadapan.