Diterbitkan pada 5 Disember 2025, 08:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Dalam usaha mencapai kelestarian sumber air, WaterTech Asia 2025 mengupas perbincangan yang mendalam mengenai isu strategik, cabaran utama dan hala tuju inovasi teknologi air serantau.

Persidangan ini mempertemukan pakar industri, pembuat dasar dan pemain global untuk meneroka penyelesaian tentang teknologi air melalui pameran interaktif, sesi pemadanan perniagaan serta perbincangan panel berprofil tinggi.

WaterTech Asia 2025 yang berlangsung dari 2 Disember 2025 hingga 4 Disember 2025 di Penang Waterfront Convention Centre merupakan edisi sulung yang menghimpunkan pelbagai produk, perkhidmatan dan ahli profesional dari seluruh dunia untuk memacu kerjasama strategik dalam industri air.

Persidangan yang dirasmikan oleh Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yang Berhormat Wong Hon Wai ini bukan sekadar platform pameran, tetapi menjadi pemangkin penting dalam memacu pembangunan teknologi air melalui kerjasama antarabangsa, peningkatan kapasiti profesional dan penerokaan peluang perniagaan baharu.

Sesi “Main Issues, Major Challenges and the Way Forward in Driving Water Technology Development and Innovation in Achieving Water Resources Sustainability” yang dikendalikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Chan Ngai Weng selaku moderator bersama-sama ahli panel, iaitu YBrs. Ir. Ts. Dr. Haji Mohmad Asari, YBhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Nor Azazi Zakaria dan YBhg. Profesor Adjung Ts. Razim Faris Malek yang mengulas mengenai keperluan memperkukuh inovasi, pelaburan teknologi baharu, pemerkasaan infrastruktur dan kesedaran masyarakat menjadi perbincangan utama dalam persidangan berkenaan.

Pengunjung turut didedahkan kepada inovasi global, termasuklah sistem rawatan air berkecekapan tinggi, teknologi pemantauan pintar serta penyelesaian kitar semula air industri yang diperkenalkan oleh pembekal tempatan dan antarabangsa.

WaterTech Asia 2025 telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau dalam pengurusan air dan membuka lembaran baharu ke arah masa hadapan sumber air yang lebih mampan.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Ir. Jaseni Maidinsa, YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo A/L Kim, YBhg. Dato’ Ir. Pathmanathan K, Tuan Agus Umar Yasin dan Encik Eric Pelletier.

Pelajar dari Universiti Sains Malaysia bergambar bersama-sama di hadapan lokasi persidangan WaterTech Asia 2025 sebagai tanda penyertaan mereka dalam program tersebut.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi