Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Melalui pengumuman dalam laman sesawang rasmi Akademi Sains Malaysia (ASM), institusi tersebut telah membuka permohonan bagi Anugerah Saintis Penyelidikan Terkemuka Malaysia untuk tahun 2025.
Anugerah yang dikenali juga sebagai Top Research Scientists Malaysia (TRSM) adalah sebahagian dari usaha ASM dalam memupuk budaya kecemerlangan dalam sains, teknologi, inovasi dan ekonomi.
Program ini bertujuan mengiktiraf dan mempromosi saintis tempatan yang cemerlang dan membina mereka sebagai rujukan utama dalam pelbagai disiplin ilmu.
Penyelidik warganegara Malaysia yang aktif dalam penyelidikan STIE dengan sekurang-kurangnya sepuluh tahun sumbangan kepada sektor ini layak memohon.
Calon juga mesti memiliki rekod etika yang baik tanpa sebarang rekod jenayah atau kemuflisan.

Pemilihan bagi anugerah ini akan dilakukan berdasarkan piawaian tertentu dan mekanisme pemarkahan yang objektif, mengambil kira impak penyelidikan, pengkomersialan, pengiktirafan akademi dan kepimpinan dalam projek perundingan.
Calon juga dinilai berdasarkan jumlah penerbitan dan hak harta intelek yang diperolehi, baik pada peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Anugerah ini menawarkan peluang bagi saintis untuk mendapatkan pengiktirafan yang tidak hanya meningkatkan profil mereka, malah menunjukkan sumbangan mereka kepada masyarakat dan pengetahuan global.
Orang awam yang berminat boleh mengimbas kod QR yang disediakan pada poster atau menghubungi ASM melalui e-mel atau telefon yang tertera untuk maklumat lebih lanjut.