Diterbitkan pada 28 Februari 2025, 11:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bangkok – Hampir 80 penyelidik dari Malaysia, Filipina, Thailand, Laos dan Vietnam telah menyertai Southeast Asian Researcher Career Development Workshop 2025 yang dianjurkan oleh Academy of Medical Sciences, United Kingdom dengan kerjasama Thailand Science Research and Innovation.

Bengkel yang berlangsung di Eastin Grand Hotel Sathorn, Bangkok ini dibiayai sepenuhnya oleh Academy of Medical Sciences dan disertai oleh 20 peserta dari Malaysia.

Wakil Penyelidik dari Malaysia yang menyertai Southeast Asian Researcher Career Development Workshop 2025 di Bangkok., Thailand. 

Menurut Executive Director of Academy of Medical Sciences, Simon Denegri, program inikomited untuk menyokong penyelidik, terutamanya di rantau yang berkembang pesat seperti Asia Tenggara.

Selain meningkatkan kemahiran dalam penulisan geran dan komunikasi saintifik, bengkel ini juga platform untuk membina rangkaian profesional yang berpotensi menghasilkan kolaborasi jangka panjang dan penyelidik di rantau ini dapat mencapai kejayaan yang lebih besar dalam bidang mereka.

Executive Director of Academy of Medical Sciences, Simon Denegri.

Program ini bertujuan menghimpunkan penyelidik dari pelbagai latar belakang dan wilayah Asia Tenggara bagi memperkukuh jaringan profesional serta membuka peluang kerjasama serantau.

Peserta juga menerima bimbingan dalam penulisan geran dan komunikasi saintifik menerusi sesi yang dikendalikan oleh pakar antarabangsa berpengalaman.

Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan mendalam mengenai strategi permohonan geran dan akses kepada pelbagai peluang pembiayaan berdasarkan tahap perkembangan kerjaya.

Penyelidik dan pensyarah, terutamanya di Asia Tenggara sering berhadapan dengan cabaran dalam memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) sambil mencari peluang pembiayaan, justeru bengkel ini direka untuk membantu mereka menavigasi laluan kerjaya dengan lebih berkesan.

Secara keseluruhannya, bengkel ini membuka ruang baharu kepada penyelidik untuk membangun secara profesional dan menjalinkan kerjasama jangka panjang dalam komuniti saintifik serantau.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi