Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSarawak – Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Manis (PPLTM) di Mukah perlu dimaksimumkan penggunaannya sebagai hab pendaratan ikan di wilayah tengah Sarawak.
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YBhg. Datuk Seri Isham Ishak memaklumkan perkara ini semasa lawatan kerja rasmi ke PPLTM hari ini.
Beliau berkata, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) disarankan mengambil pendekatan proaktif dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama-sama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) serta Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak(PPES).
“Langkah ini selari dengan matlamat pembangunan industri perikanan Sarawak dan mengukuhkan sinergi antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri,” jelasnya.
Tambah beliau,
Pelabuhan ini mula beroperasi sejak tahun 2008 yang terletak di kawasan strategik seluas 35 hektar di Tanjung Manis yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden, termasuk jeti, kilang air batu, netloft, kemudahan penyimpanan kotak dan ruang penyejukan, depoh minyak serta infrastruktur sokongan lain yang mampu menyokong operasi pendaratan ikan secara menyeluruh.
Justeru, PPLTM mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan produktiviti ikan, sekali gus menjana pendapatan nelayan tempatan serta meningkatkan keterjaminan makanan.