Oleh Afifah Mohamed
9 Januari 2025, 16:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi (PDR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan program larian tahunan Roentgen Run 2024 yang bertemakan “Pirates’ Hunt: Finding the Lost Source”*.

Acara ini berlangsung di dataran Dewan Gemilang, UKM dengan penyeliaan Dr. Afifah Mohamed dan Dr. Muhammad Safwan Fadzil serta sokongan daripada pelbagai penaja utama seperti Fujifilm, National University Health System (NUHS), La Ca

Pelepasan peserta larian Roentgen Run 2024 di dataran Dewan Gemilang, UKM.

listo Sdn. Bhd., Myangkasa Optikal Sdn. Bhd., Tuah Café dan beberapa syarikat lain.

 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan radiasi dalam bidang kesihatan serta pencegahan awal kanser, selain meraikan Hari Radiografi Sedunia 2024 bagi memperingati penemuan sinar-X oleh Wilhelm Roentgen pada tahun 1895.

Program ini mencatatkan sebanyak 344 penyertaan dan bermula pada pukul 7.00 pagi dengan aktiviti senamrobik sebelum pelepasan peserta bagi kategori enam kilometer dan tiga kilometer.

Selain larian, program ini turut diserikan dengan gerai jualan dan pameran reruai kesihatan yang melibatkan pelajar dari kursus Sains Bioperubatan, Dietetik, Audiologi serta Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi.

Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak (CAKNE) selaku benefisiari acara turut membuka reruai khas untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser dalam kalangan kanak-kanak.

Reruai CAKNE yang turut memeriahkan Roentgen Run 2024.

Peserta juga dapat mengikuti aktiviti selingan seperti mengukir dalgona bertemakan “Carve the Treasure” yang mencabar peserta untuk fokus dan teliti dalam mengukir bentuk yang ditetapkan.

Pertandingan selingan mengukir dalgona “Carve the Treasure”. 

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Madya Dr. Satirah Zainalabidin,

Pihak penganjur turut menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM500 kepada wakil CAKNE sebagai tanda sokongan terhadap usaha kesedaran kanser.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.