Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBanting – Sebanyak lima pesawat yang menggunakan propeler dan digerakkan dengan tenaga getah berjaya diterbangkan oleh 30 orang bakal saintis dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Changgang dalam Program 100 Saintis, 100 Sekolah, 100 hari (1003) yang dinaungi oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), hari ini.
Program membina pesawat yang dihasilkan daripada kayu balsa, kadbod, styrofoam dan getah itu dihasilkan oleh murid tahun empat dan tahun enam di bawah bimbingan Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), YBrs. Ts. Dr. Noor Aina Misnon dan YBrs. Ts. Dr. Faridah Hanim Khairuddin serta Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Aeronautik dan Penerbangan UPNM, Puan Baizura Bohari.
YBrs. Ts. Dr. Noor Aina Misnon berkata, program 1003 bermatlamat untuk melahirkan saintis muda dengan merangsang minat murid yang terlibat dan program seumpama ini wajar diperluas juga ke sekolah luar bandar dan pedalaman.

Ujar beliau,
Program 1003 merupakan projek kedua yang diadakan di SK Bukit Changgang dan akan diteruskan dengan projek mesin penapis air pada hujung tahun ini.

Sementara itu, Puan Baizura Bohari selaku fasilitator program berkata, walaupun 30 orang peserta saintis muda ini berjaya menghasilkan pesawat dengan bimbingan pensyarah, namun binaan pesawat berkenaan masih memerlukan kreativiti dan daya sentuh murid untuk menghasilkannya dengan baik.

Kongsi beliau,
Antara cabaran dalam menjayakan program tersebut termasuklah kesuntukan masa disebabkan oleh murid yang terlibat perlu mengikuti pembelajaran harian serta peruntukan masa untuk membina pesawat tersebut juga terhad, sekali gus menyebabkan banyak komponen tidak dapat disediakan.
Ujarnya, sebelum pesawat itu diterbangkan, semua peserta diberikan peluang untuk membina kapal terbang kertas dengan menggunakan bahan yang disediakan, kemudian barulah mereka membina pesawat menggunakan stryroform dan memasang rangka dengan menggunakan kayu balsa dan propeler.
Katanya.
Pesawat tersebut diterbangkan di kawasan padang setinggi kira-kira 10 meter hingga 15 meter.
Program 1003 dicetuskan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah kelolaan MySA dengan pelibatan sebanyak 100 orang saintis muda dari 100 buah sekolah di seluruh negara dan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.