Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Graduan perlu membina dan meningkatkan kemahiran insaniah dan teknikal agar tampak lebih menarik di mata para penemu duga untuk menceburi bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).
Demikian perkongsian Eksekutif Kanan HSE, Encik Ahmad Fahrurazi Taib yang menyampaikan ceramah yang bertajuk “Kerjaya OSH: Occupational Safety and Health“ di Podium, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis anjuran Program Teknologi Marin Lestari, Stesen Penyelidikan Marin (MARES) dan Fakulti Sains Gunaan.

Pastinya mana-mana pemain industri idamkan prospek staf yang mempunyai pelbagai elemen kemahiran insaniah dan teknikal yang boleh meningkatkan potensi dan kemajuan syarikat mereka.
Menurut beliau, graduan perlu mempunyai nilai kecekalan dan ketabahan dalam mencari peluang pekerjaan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
“Saya tidak pernah berputus asa menghantar resume yang banyak kepada syarikat industri minyak dan gas sehingga saya bekerja di Syarikat Petronas Carigali Sdn. Bhd.,“ jelas Encik Ahmad Fahrurazi Taib.
“Kekangan besar di industri bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada hari ini ialah cabaran menguruskan manusia berbanding dengan mesin dan teknologi, maka kemahiran insaniah perlulah sentiasa kukuh dalam diri setiap graduan sebelum cuba menceburi kerjaya ini,“ tambah beliau lagi.
Sementara itu, Timbakan Ketua MARES, YBrs. Ts Dr Jamil Tajam berkata dalam ucapan penutup agar mahasiswa terus mencari dan memenuhi keperluan sijil kecekapan dalam bidang ini.
“Kerjaya ini menjanjikan gaji yang lumayan, namun memerlukan transformasi sikap dan penerapan kemahiran interpersonal dalam usaha melahirkan graduan syarikat,” kata beliau.

“Saya menyedari bahawa banyak yang ingin menjadi penjawat awam, namun lebih banyak prospek kerjaya yang belum diterokai sepenuhnya dalam kalangan syarikat gergasi swasta,” saran beliau lagi.

Turut hadir dalam program ini ialah Penasihat Persatuan MARTECH I, Encik Ts Khairul Naim Abd. Aziz dan barisan jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada mahasiswa Program Teknologi Marin Lestari.