Diterbitkan pada 29 Oktober 2024, 17:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan SEED Contact Lens (Malaysia) Sdn. Bhd. telah berlangsung di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, hari ini.

Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid.

Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid dalam ucapannya berkata, MoU yang dilaksanakan bagi tempoh 2024–2026 ini bakal mengukuhkan kerjasama antara SEED Contact Lens (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan UKM yang melibatkan perkhidmatan optometri, pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan penyelidikan di UKM, khususnya dalam bidang kanta lekap di Malaysia.

SEED Co., Ltd. merupakan pelopor syarikat kanta lekap yang berpangkalan di Jepun dan berbekalkan pengalaman dalam industri kanta lekap selama 67 tahun, syarikat ini amat komited dalam membantu meningkatkan kualiti penglihatan dengan ciri teknologi dari Jepun.

Presiden SEED Contact Lens (Jepun), Masahiro Urakabe.

Menurut Masahiro Urakabe, SEED sentiasa memberikan komitmen yang berterusan dalam pembangunan teknologi dan inovasi demi meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui inovasi kanta sentuh yang terkini.

Tambah beliau,

Kami percaya dengan adanya potensi dalam bidang ini di UKM, kerjasama ini bukan sekadar persefahaman antara industri dengan akademik, malah mampu memajukan bidang optometri di rantau ini.

 

Menteri Kedutaan Jepun di Malaysia, Atsushi Karimata.

Majlis pertukaran MoU turut disaksikan oleh Menteri Kedutaan Jepun di Malaysia, Atsushi Karimata.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kepentingan kerjasama yang kukuh serta perkongsian teknologi dan sumber serantau adalah penting bagi meningkatkan keupayaan secara bersepadu.

Masahiro Urakabe (kanan) ketika menerangkan sejarah penubuhan syarikat SEED sejak 67 tahun lalu.
Masahiro Urakabe dan Pengarah Urusan SEED Contact Lens (Malaysia) Sdn. Bhd., Simon Low memberikan penerangan produk penjagaan kanta sentuh keluaran syarikat SEED kepada YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid dan Atsushi Karimata.
Atsushi Karimata menggunakan teknologi realiti maya milik syarikat SEED yang memaparkan tapak kilang sebenar di Jepun.

Turut hadir ialah Ketua Program Optometri dan Sains Penglihatan, UKM, YBrs. Dr. Mizhanim Mohamad Shahimin; Dekan Fakulti Sains Kesihatan, UKM, YBrs. Profesor Dr. Suzana Sahar dan Ahli Lembaga Pengarah UKM, YBrs. Profesor Dr. Bariah Mohd Ali.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi