Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBerdasarkan Kajian Komposisi Sisa di Perlis yang telah dijalankan oleh syarikat Umpan Jaya Sdn. Bhd., sebanyak 35 tan metrik sisa plastik dilupuskan ke Ringkasan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal (TPS) Rimba Mas, Padang Besar, Perlis pada setiap hari.
Sisa dalam jumlah yang tinggi ini perlu dielakkan daripada dilupuskan dan dibiarkan berakhir di tapak pelupusan oleh sebab sisa plastik ini akan mengambil masa antara 500 tahun hingga 1000 tahun untuk reput sepenuhnya.
Demikian maklumat yang dipersembah maklum kepada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Pengarah Umpan Jaya Sdn. Bhd, Jaafar Sadeq Datuk Mohd. Noordin dalam Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Sculpture Sang Kerapu di Kampung Seberang Ramai bersempena dengan “World Clean Up Day 2024” di Kuala Perlis, baru-baru ini.
Keberangkatan tiba baginda dalam majlis tersebut disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira M Noor Azman Talib dan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Encik Hee Loy Sian.

Arca khas tersebuti telah direka bentuk untuk menerima buangan kitar semula daripada jenis botol plastik polyethylene terephthalate (PET), dan mampu menampung kapasiti sebanyak 6500 unit botol plastik dengan anggaran jumlah berat sehingga 325 kilogram.
Pembinaan arca ini juga seiring dengan simbolik sifar sang kerapu, iaitu pemangsa yang mampu menelan botol plastik dalam kapasiti yang banyak, bersesuaian dengan saiznya yang besar.
Pembinaan arca untuk aktiviti kitar semula ini bermula daripada hasil cetusan idea DYTM Raja Muda Perlis bagi mewujudkan sebuah arca pelbagai fungsi.
Asas binaan ini selain direka untuk aktiviti semua komuniti setempat, pada masa yang sama dapat membantu mempromosikan kempen kitar semula, sekali gus menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti penjagaan alam sekitar.
Pihak SWCorp Negeri Perlis telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Umpan Jaya Sdn. Bhd. dan Kolej Vokasional Kangar bagi merealisasikan cetusan idea pembinaan arca ini.
Program ini juga merupakan manifestasi bagi nilai teras Umpan Jaya Sdn. Bhd., iaitu engineering sustainability yang merupakan amalan kejuruteraan yang mampan demi masa hadapan.
Syarikat Umpan Jaya Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang berteraskan perkhidmatan kejuruteraan alam sekitar yang telah diberikan kepercayaan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), KPKT untuk menjalankan pengoperasian dan penyelenggaraan Pengurusan Stor Kerajaan (TPS), di Rimba Mas, Padang Besar.
Dalam program yang sama, DYTM Raja Muda Perlis berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat dalam Program Berbasikal MAIPs Peduli yang diadakan di beberapa buah rumah asnaf terpilih.

Antara penerimanya termasuklah Romalis Riduani, Roslin Othman dan Amran Bahari yang tinggal di Kuala Perlis.
Turut hadir sama dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), SWCorp, Encik Murali Jayabalan dan Pengarah SWCorp Perlis, Encik Shamsuharizal Basir.