Diterbitkan pada 9 Oktober 2024, 15:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur mengambil inisiatif menganjurkan seminar yang bertajuk “Seminar Perundangan dan Prosedur Mahkamah” bagi meningkatkan pengetahuan mahasiswa ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang berkaitan dengan alam sekitar, kesihatan persekitaran, kawalan pencemaran dan penyakit.

Seminar yang berlangsung selama tiga jam itu disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang, Encik Nur Adzlin Anuar dari Pejabat Undang-Undang, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Jaringan kerjasama antara UKM dengan MBMB telah bermula sejak tahun 2012 yang melibatkan aktiviti seperti lawatan sambil belajar dan latihan industri.

Seminar dimulakan dengan sesi ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Seminar Perundangan dan Prosedur Mahkamah, YBrs. Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang dan seterusnya dirasmikan oleh Ketua Program, YBrs. Dr. Nurul Farahana Kamaludin.

“Pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan yang tegas dalam menangani isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerana dikhuatiri amalan persekitaran yang buruk dan pelanggaran terhadap undang-undang yang berkaitan akan meningkat,” kata YBrs. Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang.

YBrs. Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Seminar Perundangan dan Prosedur Mahkamah anjuran Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Kampus Kuala Lumpur.

Dalam seminar berkenaan, Encik Nur Adzlin Anuar menjelaskan bahawa tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai kaedah penyiasatan dan pemberian keterangan bagi sesuatu pendakwaan yang berkaitan dengan isu alam sekitar, termasuklah isu kesihatan persekitaran.

Encik Nur Adzlin Anuar ketika berkongsikan maklumat dan pengalamannya mengenai perundangan dalam bidang kesihatan persekitaran.

Ujar beliau,

Aduan terhadap isu ini boleh dilakukan melalui beberapa saluran seperti aduan secara bertulis, panggilan telefon, penghantaran e-mel dan media elektronik, kemudian aduan yang diterima akan diserahkan kepada pegawai penyiasat dari pejabat undang-undang untuk urusan yang seterusnya termasuklah melakukan penyiasatan seperti melakukan lawatan tapak serta mengambil gambar yang boleh dijadikan sebagai bukti semasa sesi pendakwaan.

Antara mahasiswa UKM yang terlibat dalam Seminar Perundangan dan Prosedur Mahkamah.
Sesi penyampaian sijil penghargaan oleh YBrs. Profesor Madya ChM. Dr. Normah Awang kepada Encik Nur Adzlin Anuar.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi