Diterbitkan pada 29 Julai 2024, 16:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pelaksanaan Minggu Sains Negara (MSN) 2024 adalah sejajar dengan visi yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memperkenalkan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada masyarakat dan menjadikan negara ini sebagai negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

Demikian inti pati yang dibincangkan oleh pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), YBrs. Profesor Madya Chm. Dr. Siti Nurul Ain Md Jamil dan Pengarah Kanan Pusat Sekitaran Kimia Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Tuan Hj. Shafek Hamlan Abdul Hamid ketika ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia, pagi tadi.

Menurut YBrs. Profesor Madya Chm. Dr. Siti Nurul Ain Md Jamil, UPM telah melaksanakan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz hibrid, pertandingan inovasi dan pertandingan ucapan (duo science talk) dengan tema kimia dan bioteknologi bagi menyokong MSN 2024 yang dilaksanakan.

Pensyarah dari UPM, YBrs. Profesor Madya Chm. Dr. Siti Nurul Ain Md Jamil.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran lebih daripada 60 000 orang walaupun terdapat cabaran sepanjang pelaksanaan program itu seperti capaian Internet, namun kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah warga UPM menyebabkan program ini berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Tuan Hj. Shafek Hamlan Abdul Hamid memaklumkan bahawa Jabatan Kimia Malaysia juga bekerjasama dengan Institut Kimia Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menjalankan tujuh program yang berbeza.

Pengarah Kanan Pusat Sekitaran Kimia Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Tuan Hj. Shafek Hamlan Abdul Hamid.

Ujar beliau,

Program International Climate Change Action 2024 akan diadakan di Pulau Tioman pada 25 September 2024 yang akan memberikan tumpuan kepada pembersihan pantai serta melibatkan para peserta tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu perubahan iklim.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi