Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangNilai – Kelab Sukan dan Permainan, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup Nuklear Malaysia Piala Ketua Pengarah 2024 di Ultimate Sporthaus bagi mempererat hubungan dan ukhwah antara para pegawai Nuklear Malaysia, di samping menonjolkan bakat, melahirkan keharmonian dan meningkatkan kesihatan fizikal kakitangan Nuklear Malaysia.
Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan dari beberapa bahagian utama di Nuklear Malaysia, iaitu Bahagian Teknologi Industri; Bahagian Sokongan Teknikal; Bahagian Kesihatan dan Keselamatan Sinaran; gabungan Bahagian Agroteknologi dan Biosains; Bahagian Teknologi Perubatan; Bahagian Teknologi Sisa dan Alam Sekitar; Unit Keselamatan Fizikal; Bahagian Kejuruteraan; Bahagian Teknologi Pemprosesan Sinaran; gabungan Bahagian Khidmat Pengurusan; Bahagian Sumber Manusia; Bahagian Pengurusan Maklumat; Bahagian Pengkomersilan Teknologi serta Bahagian Perancangan dan Hubungan Antarabangsa.

“Saya berasa gembira kerana kejohanan pertandingan ini berjaya dianjurkan bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan Nuklear Malaysia,” kata Pengerusi Kelab Sukan Nuklear Malaysia, Encik Mohd Fazlie Abdul Rashid ketika merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Futsal Tertutup Nuklear Malaysia Piala Ketua Pengarah 2024.
Pertandingan futsal berkenaan telah berjaya mencapai matlamat utama dalam mempererat hubungan antara kakitangan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan, sekali gus sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan kesihatan dalam kalangan kakitangan Nuklear Malaysia.
Juara bagi pertandingan futsal tersebut bagi kategori lelaki dimenangi oleh Bahagian Teknologi Industri, manakala tempat kedua menjadi milik Bahagian Teknologi Sisa dan Alam Sekitar dan tempat ketiga diraih oleh Unit Keselamatan Fizikal.
Sementara itu, pertandingan futsal bagi kategori perempuan dijuarai oleh Bab Girlfriend, diikuti dengan Team UKF yang memperoleh tempat kedua dan Futsal Fury mendapat tempat ketiga.