Diterbitkan pada 20 Jun 2024, 16:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Program Fun Day KDP x X-SIS 2024 anjuran Persatuan Science X-SIS dan Kelab Debat dan Pidato Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis bertujuan mengasah kemahiran berkomunikasi, menerapkan nilai kerohanian, menanam minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), menyemai semangat kesukanan, memupuk semangat setia kawan, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta.

Program yang berlangsung di Tasik Elham, UiTM Cawangan Perlis itu disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa UiTM Cawangan Perlis dari pelbagai program akademik dan fakulti universiti tersebut.

“Saya berasa bangga dengan semangat kerjasama antara dua persatuan pelajar dalam menganjurkan program yang mengintegrasikan elemen bahasa, sukan dan STEM,” kata Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Fun Day KDP x X-SIS 2024.

Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi ketika menyampaikan ucapan.

Tambah beliau, sekiranya kita bergerak secara berkumpulan, kita mampu untuk menjimatkan kos operasi program dan mewujudkan semangat kekitaan dan silaturahim antara organisasi program.

UiTM amat menyokong semua program yang dianjurkan oleh mahasiswa yang memberikan manfaat dalam aspek pembangunan karakter dan  proses kemenjadian mahasiswa unggul.

Dalam ucapannya juga, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur yang berusaha memacu transformasi dan menyerlahkan potensi mahasiswa UiTM.

Sebahagian daripada aktiviti rangsangan minda yang menekankan aspek visual, audio dan kinestetik.

Teruskan penganjuran program seumpama ini yang mempunyai nilai tambah bagi mewujudkan graduan holistik, berketerampilan dan bersepadu dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Turut hadir ialah Koordinator Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Perlis, Puan Eliy Nazira Mat Nazir; Penasihat Persatuan Science X-SIS 1, Encik Gs. Sharir Aizat Kamaruddin; Penasihat Persatuan Science X-SIS 2, Puan Nur Syafiqah Rahim; Presiden Persatuan Science X-SIS, Wan Nong Shaqil Wan Nong Khairol; Naib Presiden Persatuan Science X-SIS, Puan Nur Amelia Syuhada Zabir; Presiden Kelab Debat dan Pidato, Encik Nazril Fariddudin Zaid dan Naib Presiden Persatuan Debat dan Pidato, Puan Salsabila Nuraisyah Mohd Badrul Hisham.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi