24 Mei 2024, 17:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), YBrs. Dr. Rosli Darmawan membuat lawatan kerja ke Pusat Sains Negara (PSN) di Bukit Kiara bagi meneroka peluang kerjasama dengan PSN untuk meningkatkan aktiviti penyebaran maklumat awam berkaitan dengan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030.

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, YBrs. Dr Rosli Darmawan ketika menyampaikan hasrat untuk memperkukuh jalinan kerjasama kepada Pengarah Pusat Sains Negara, Encik Mohamad Fuad Rahman.

 

Ketibaan delegasi Nuklear Malaysia disambut baik oleh Pengarah Pusat Sains Negara, Encik Mohammad Fuad Rahman bersama-sama barisan pengurusan PSN.

Dalam sesi lawatan tersebut, Pegawai Penerbitan Bahagian Pengurusan Maklumat, Nuklear Malaysia, Puan Norzehan Ngadiron telah membentangkan program promosi dan jangkauan luar yang dilaksanakan oleh Nuklear Malaysia.

Pegawai Penerbitan, Puan Norzehan Ngadiron membentangkan pakej kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama-sama PSN.

Turut serta dalam sesi lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin, Timbalan Ketua Pengarah Program Perkhidmatan Teknikal, Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Ishak Mansor serta pengarah-pengarah bahagian dan pegawai agensi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.