Oleh Rashid Ating
18 Mac 2024, 10:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Akademi Sains Malaysia (ASM) telah membuka permohonan bagi mengikuti latihan pengurusan data sains terbuka yang akan bermula pada 29 April 2024 hingga 22 Julai 2024.

Orang ramai boleh mendaftar untuk menyertai latihan berkenaan dari 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024.

Terdapat 12 modul yang ditawarkan dan semua modul tersebut berkonsepkan pembelajaran kendiri melalui kuliah, kuiz dan tugasan, boleh dipelajari mengikut kemampuan masing-masing dan para peserta akan mendapat sijil selepas berjaya menamatkan latihan tersebut.

Sains terbuka merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh ASM untuk menjadikan hasil penyelidikan seperti data dan penerbitan lebih telus dan mudah dicapai, memenuhi prinsip boleh dicari, boleh dicapai, boleh dioperasi dan boleh digunakan semula.

Untuk menyokong inisiatif sains terbuka sebagai satu realiti di Malaysia, ASM mengambil langkah dengan menawarkan program latihan untuk meningkatkan kemahiran pustakawan dan para penyelidik bagi menjadi seorang pengurus data yang bertanggungjawab untuk memastikan data yang dihasilkan adalah berkualiti dan mengikut amalan serta piawaian terbaik antarabangsa sains terbuka.

Sejak tahun 2020, ASM telah berjaya menjalankan beberapa siri latihan mengenai sains terbuka dan pengawasan data pada peringkat antarabangsa.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai latihan pengurusan data tersebut boleh mengimbas kod QR pada poster dan mendapatkan maklumat yang berkaitan di sini.

Pendaftaran mengikuti latihan pengurusan data sains terbuka boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.