26 Februari 2024, 17:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sambutan 30 Tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Sains Negara, hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataannya berkata, Planetarium Negara yang telah beroperasi sejak tahun 1994 menjadi asas kepada pembangunan dan penjanaan ilmu bidang sains angkasa dan astronomi.

“Planetarium Negara menjadi agen transformasi paling hadapan dalam perantaraan antara kerajaan dengan rakyat dalam bidang astronomi dan sains angkasa dengan keunggulan saiz, seni bina serta teknologinya yang masih kekal relevan dan seiring dengan peredaran masa,” kata MOSTI.

Menurut MOSTI, selain berfungsi sebagai pusat pendidikan sains angkasa tidak formal bagi melaksanakan program pendidikan dan pembudayaan untuk menarik minat generasi muda terhadap sains angkasa, Planetarium Negara juga berperanan dalam membangunkan kepakaran generasi akan datang, khususnya dalam bidang ini.

Turut hadir dalam majlis sambutan berkenaan ialah ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Puan Ruziah Shafei, Pengarah Planetarium Negara, Tuan Haji Shahruddin Haji Yusof dan Pengarah Pusat Sains Negara, Encik Mohammad Fuad Rahman.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.