Diterbitkan pada 11 Januari 2024, 15:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Washington – Penyelidik iklim dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) akan mengeluarkan penilaian tahunan berkenaan dengan suhu global dan membincangkan aliran iklim utama dunia semasa pada tahun 2023 dalam sidang media, pagi esok, pukul 11.00 pagi (zon waktu timur).

NASA dan NOAA merupakan dua agensi bebas yang bertanggungjawab untuk memerhatikan data suhu dunia dan merekodkan suhu permukaan serta perubahan bumi berdasarkan pemerhatian sejarah terhadap lautan dan tanah.

Oleh hal yang demikian, bagi melancarkan sesi perbincangan tersebut, NASA akan membuat penstriman audio sidang media di saluran YouTube agensi berkenaan.

Antara jemputan utama sidang media tersebut termasuklah Kate Calvin, Ketua Saintis dan Penasihat Iklim Kanan, Ibu Pejabat NASA, Gavin Schmidt, Pengarah, Institut Pengajian Angkasa Goddard NASA, Sarah Kapnick, Ketua Saintis, NOAA dan Russ Vose, Ketua Cawangan Analisis dan Sintesis, Pusat Kebangsaan Maklumat Alam Sekitar, NOAA.

Orang ramai boleh mengakses sidang media tersebut secara dalam talian dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai program sains bumi NASA menerusi laman sesawang NASA.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi