Arau – Pertandingan Inovasi, Reka Bentuk dan Artikulasi Antarabangsa (i-IDeATM) ke-6 2023 yang berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 9 hingga 11 Mei di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah disempurnakan penutupannya oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.
Menurut Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim, pertandingan tersebut telah membuka peluang dan ruang kepada para peserta untuk melestarikan lagi budaya kreativiti dan inovasi.
Melalui pertandingan tersebut, peserta perlu mempersembahkan dan mengetengahkan reka cipta inovasi dan idea yang menarik. Pertandingan inovasi tersebut terbahagi kepada beberapa kategori.
Para peserta pertandingan tersebut dinilai sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada ahli akademik dan pihak industri dari pelbagai institusi berdasarkan kepakaran dan pengetahuan dalam bidang masing-masing.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Crown melibatkan golongan profesional dan pelajar institusi pengajian tinggi, Kategori Crystal yang terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta komuniti, dan Kategori Comiic yang melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.
Yang berikut merupakan antara reka cipta inovasi dan idea yang meraih Anugerah Emas (Gold Award) dan Anugerah Berlian (Diamond Award) bagi setiap kategori yang dipertandingkan:
Anugerah Emas (Gold Award)
Crown A
Mudskipper Scan: Innovative On-Site Radiometric Mapping System for Efficient Coastal Erosion Monitoring