25 April 2023, 16:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa 21 April 2023.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, pelantikan YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi adalah berdasarkan berdasarkan kelayakan dan pengalaman luasnya dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara ini sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) di KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan.

Anak kelahiran Butterworth ini juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.

YBhg. Datuk. Dr Muhammad Radzi Abu Hassan juga pernah bertugas sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi serta menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran ini dari tahun 2013 hingga tahun 2021.

“Saya yakin dengan pengalaman, pengetahuan, kepakaran serta kredibiliti YBhg. Datuk. Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama-sama saya di KKM”, ujar Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa.

Hal ini seterusnya dapat memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan supaya masyarakat Malaysia MADANI dapat terus menikmati perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti serta mapan.

YBhg. Datuk. Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada 21 April lalu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.