6 Januari 2023, 15:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Yan – Sebanyak 106 orang peserta telah menyertai program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau yang dianjurkan oleh Kelas Subjek GMTJT3113 Pentadbiran Alam Sekitar dengan kerjasama Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Universiti Utara Malaysia (UUM) di Yan, Kedah baru-baru ini.

Dekan SOG UUM, YBrs. Profesor Madya Dr. Halimah Abdul Manaf.

Dekan SOG UUM, YBrs. Profesor Madya Dr. Halimah Abdul Manaf berkata,

Projek pembelajaran khidmat bakti (SULAM) bagi semester A221 ini ialah program khidmat masyarakat yang melibatkan pensyarah, mahasiswa dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Jabatan Perhutanan Kedah dan Pejabat Daerah Yan.

Tambah beliau, program berimpak tinggi yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu komuniti di sekitar daerah ini bagi meneruskan pemuliharaan dan menjamin kelestarian bakau pada masa akan datang.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk mengekalkan kelestarian bakau, memberikan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan bakau, membuka ruang kerjasama antara pusat pengajian dengan komuniti, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan.

YBrs. Profesor Madya Dr. Halimah Abdul Manaf (kedua dari kanan) memberikan penerangan berkaitan dengan pokok bakau kepada para pelajarnya.

“Penyertaan dan pelibatan semua pihak dalam program ini dilihat menunjukkan jalinan hubungan yang baik dengan universiti, terutamanya dalam aspek pelaksanaan aktiviti,” ujarnya lagi.

Pelaksanaan aktiviti seperti ini diharapkan dapat mengembangkan dan memperkukuh pengajian dan pengkajian bidang pengurusan awam dan pembangunan yang dikendalikan oleh SOG UUM.

Pada masa yang sama, YBrs. Profesor Madya Dr. Halimah Abdul Manaf turut bersama-sama mendengar taklimat tentang penanaman pokok bakau dan melakukan aktiviti menanam pokok bakau di sekitar kawasan berkenaan.

YBrs. Profesor Madya Dr. Halimah Abdul Manaf turut menanam pokok bakau.

 

Peserta memulakan sesi penanaman pokok bakau.

 

Para peserta bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan aktiviti penanaman pokok bakau ini berjaya.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.