11 November 2022, 22:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – “Persediaan masa hadapan melalui kemajuan teknologi digital harus diperhebat oleh semua pihak, sama ada sektor pendidikan ataupun perkhidmatan kerajaan agar masyarakat sentiasa bersedia dalam menempuh dunia yang semakin terbuka luas.”

Demikian titah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menerima kunjungan mengadap Presiden Alif Society dari Mauritius, Dawood Auleear di Kangar, baru-baru ini.

DYTM Raja Muda Perlis berkenan menerima kunjungan mengadap Presiden Alif Society, Dawood Auleear.

Kesediaan masyarakat terhadap teknologi digital bukan hanya sekadar memenuhi keperluan hidup pada masa ini, tetapi adalah penting untuk mempersiapkan diri ummah bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.

Pada masa yang sama, Dawood Auleear mempersembahkan harapan beliau agar DYTM Raja Muda Perlis dapat berangkat menyampaikan titah ucaptama dalam persidangan  Digital Technologies for Future Education yang akan berlangsung di Port Louis, Mauritius pada pertengahan tahun hadapan.

Sebagai rekod, Alif Society yang merupakan sebuah badan amal yang pernah menghantar beberapa orang pelajar cemerlangnya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebelum ini.

Turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP, YBrs. Profesor Ts. Dr. Zaliman Sauli, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), YBrs. Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP, YBrs. Profesor Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.