5 November 2022, 11:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Simpang Empat – “Jika didapati tahap kesejahteraan psikologi diri sendiri atau ahli keluarga masing-masing berada dalam keadaan tidak terkawal dan merasakan diri bergelut untuk menghadapi kehidupan seharian, berjumpalah dengan doktor atau pakar kesihatan mental.”

Demikian nasihat daripada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas baginda berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21 000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Ilmi, Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat.

DYTM Raja Muda Perlis berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada asnaf terpilih.

Menurut baginda, wabak COVID-19 sememangnya telah menjadi cabaran besar kepada dunia dan mengubah kehidupan masyarakat. Oleh yang demikian, baginda menasihati orang ramai agar memerhatikan kesihatan fizikal diri masing-masing.

Tambah baginda lagi, makanlah makanan yang seimbang, minum air yang mencukupi dan bersenam secara kerap. Tidur yang berkualiti boleh membawa perubahan yang besar terhadap kesihatan mental dan fizikal.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.