8 Ogos 2022, 16:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Malaysia telah menandatangani dua daripada lima perjanjian atau konvensyen angkasa lepas antarabangsa berkaitan dengan angkasa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi dan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dua perjanjian atau konvensyen yang ditandatangani tersebut ialah Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, Including the Moon and Other Celestial Bodies, 1967 (OST 1967) dan Agreement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space, 1968 (ARRA 1968).

Proses meratifikasi atau menganggotai kesemua perjanjian atau konvensyen itu sedang dipertimbang selaras dengan kepentingan negara.

Menurut MOSTI, keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan United Nation-Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS) sejak tahun 1994 menunjukkan komitmen negara untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam sektor angkasa pada peringkat antarabangsa.

Komitmen Malaysia telah dibuktikan melalui pewartaan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 (Akta 834) yang membolehkan kerajaan melalui MOSTI mempertimbang tindakan yang perlu dilakukan bagi meratifikasi kesemua perjanjian atau konvensyen antarabangsa tentang angkasa selaras dengan keutamaan dan kepentingan negara.

Sementara itu, terdapat tiga lagi perjanjian atau konvensyen antarabangsa berkaitan dengan angkasa yang belum ditandatangani, iaitu Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects, 1972 (LIAB 1972), Convention of Registration of Objects Launched into Outer Space, 1975 (REG 1975) dan Agreement Governing the Activities of States on the Moon and Other Celestial Bodies, 1979 (MOON 1979).

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.