29 September 2021, 22:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) penting bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi baharu dalam sektor ekonomi pada masa depan. TVET di negara ini diiktiraf di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 sebagai  satu pembolehdaya yang dapat menyumbang ke arah pembentukan negara membangun yang makmur dan inklusif.

Dalam usaha mempromosikan dan menyebarluaskan TVET kepada masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menganjurkan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2021 atau lebih dikenali sebagai e-Ekspo TVET@KPLB 2021 yang berlangsung secara dalam talian dari 29 September 2021 hingga 2 Oktober 2021.

Ekspo ini merupakan acara tahunan yang diadakan sejak dari tahun 2019 yang melibatkan tujuh buah Institusi Pendidikan TVET di bawah KPLB dengan sejumlah 279 buah Institusi Pendidikan TVET. Bermula dari tahun lepas, ekspo ini diadakan secara dalam talian. e-Ekspo pada tahun ini mengekalkan tema “TVET@KPLB, Pilihan Kemahiran Anda”, #Saya Budak TVET.

Objektif penganjuran e-Ekspo TVET @KPLB ini adalah untuk mempromosikan kesedaran secara berterusan kepada masyarakat, khususnya pelajar dan belia mengenai peluang pendidikan TVET. Antara pengisian ekspo ini, termasuklah pameran digital secara dalam talian; forum dan seminar sama ada secara langsung mahupun rakaman; video dan rakaman program atau aktiviti latihan kemahiran; sesi khidmat nasihat interaktif, dan majlis perasmian.

Selain itu, Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan TVET@KPLB dan Pertandingan Tiktok Challenge TVET@KPLB turut dianjurkan. E-Ekspo TVET@KPLB 2021 secara dalam talian boleh dicapai melalui Portal e-Ekspo TVET@KPLB 2021 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my) dan media sosial  rasmi KPLB seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan TikTok.

Majlis perasminan ekpo diadakan secara dalam talian pada 29 September 2021 dengan ucapan Pembukaan oleh Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Dr. Ahamad Jailani Muhamed Yunus dan ucap utama oleh Menteri KPLB, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

e-Ekspo TVET@KPLB yang berlangsung selama empat hari secara dalam talian ini dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang.

(Sumber: Facebook KPLB)

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.