Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pandemik COVID-19 yang berlanjutan lebih dari dua tahun meningkatkan risiko kematian dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang hamil dan melahirkan anak. Hal ini disebabkan kekangan akses penjagaan pranatal dan postnatal, pengurangan lawatan oleh kakitangan kesihatan dan risiko wanita hamil yang lebih mudah dijangkiti virus ini.
Hari Keselamatan Pesakit Sedunia yang disambut pada 17 September 2021 memfokuskan penjagaan yang selamat bagi ibu dan bayi yang baharu lahir. Bagi mengurangkan risiko semasa kehamilan dan sewaktu kelahiran, wanita yang hamil dinasihatkan merancang kehamilan, berbincang dengan doktor tentang tahap kesihatan, menghadiri semua janji temu yang ditetapkan, dan memastikan kesihatan mental sentiasa dalam keadaan baik.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)