Oleh Ritah Yahaya
15 September 2021, 04:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Kerajaan bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September 2021.

Antara faktor yang dipertimbangkan dalam melaksanakan projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi ini, termasuklah liputan imunisasi lengkap penduduk dewasa di pulau tersebut yang telah mencapai 89.9 %, manakala 91.8% penduduk dewasa menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin dan kesediaan operator pelancongan untuk menerima kedatangan pelancong.

Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar berjalan lancar dan tidak menyebabkan peningkatan kes serta kluster baharu. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.